Erti Cinta

Erti Cinta ialah album studio pertama oleh penyanyi dan pelakon Malaysia, Maya Karin, dikeluarkan pada November 2001 oleh MIG Records.[1] Album ini melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Video Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-9,[2] dan telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja.[3]

Erti Cinta

Dikeluarkan pada November 2001
Penerbit David Teo
Dirakam pada Januari–Oktober 2001
Genre Pop, R&B
Syarikat MIG Records